Pemain industri pelancongan disaran beralih kepada pelancongan digital dengan memperkenalkan produk dan pakej yang mereka ada. Ke arah itu Persatuan Teknologi Pelancongan Digital Malaysia (DiTTAM) juga akan bekerjasama dengan semua sektor pelancongan.
Menurut Presiden DiTTAM, Rohizam Md. Yusoff, terdapat 4 strategi yang akan dilakukan pihaknya iaitu iaitu E- Enablement, E-Supply, E-Marketing dan Tourism 4.0.
Beliau berkata demikian secara maya melalui DiTTAM- MALAYSIAN DIGITAL TRAVEL TRANSFORMATION. DiTTAM merupakan persatuan pemangkin transformasi digital ke arah Pelancongan pintar Malaysia.DiTTAM bekerjasama dengan pihak berkepentingan pelancongan dan teknologi untuk merapatkan jurang dan memperkukuhkan industri pelancongan melalui teknologi digital.
Sumber : onenews.my