CAPITAL CORP. SYDNEY

73 Ocean Street, New South Wales 2000, SYDNEY

Contact Person: Callum S Ansell
E: callum.aus@capital.com
P: (02) 8252 5319

WILD KEY CAPITAL

22 Guild Street, NW8 2UP,
LONDON

Contact Person: Matilda O Dunn
E: matilda.uk@capital.com
P: 070 8652 7276

LECHMERE CAPITAL

Genslerstraße 9, Berlin Schöneberg 10829, BERLIN

Contact Person: Thorsten S Kohl
E: thorsten.bl@capital.com
P: 030 62 91 92

Majalah Labur – Pameran Julung-Julung Kali Virtual Tourism Expo 2021 (VTE2021) Mendapat Sokongan Daripada Tourism Malaysia

Press Release

Digital Travel Technology Association of Malaysia (DiTTAM) dengan sukacitanya mengumumkan pameran maya secara atas talian Virtual Tourism Expo 2021 (VTE2021) bertemakan “Semuanya Ada Di Malaysia” akan julung-julung kali diadakan pada 27 – 29 Ogos 2021.

VTE2021 telah mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia, Jabatan Pelancongan Negeri serta penggiat industri pelancongan tempatan dalam mempromosikan pelancongan domestik. Kerjasama ini sehaluan dengan tujuan Kerajaan Malaysia mempromosikan pelancongan domestik. Ia juga mewujudkan platform pemasaran maya untuk pemain industri yang terlibat secara khusus dalam pakej dan perkhidmatan domestik.

VTE2021 akan dianjurkan di DiTTAM Virtual Convention Center (DVCC) pada 27 – 29 Ogos dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam secara atas talian. DiTTAM Virtual Convention Center (DVCC) adalah sebuah pusat pameran maya yang diwujudkan khas oleh DiTTAM.

VTE2021 akan memberikan suatu pengalaman baharu kepada para pengunjung ekspo. Mereka akan teruja dengan ruang pameran maya berteknologi tiga dimensi atau 3-D yang direka khas menyerupai pameran secara fizikal. Sebelum ini ruang pameran lebih berbentuk 2 dimensi atau 2-D.

Para pengunjung akan dapat berinteraksi secara maya dan live dengan pemamer atau exhibitor serta dapat membeli pakej-pakej pelancongan secara atas talian melalui teknologi digital canggih 3-D yang disediakan oleh DiTTAM.

Tourism Malaysia serta Jabatan Pelancongan Negeri seperti Langkawi, Perak, Pahang, Pulau Pinang, Selangor dan Melaka sudah mengesahkan akan berada di Pameran VTE 2021 ini. Selain daripada itu, VTE 2021 ini juga akan disertai oleh Persatuan Kelab-kelab Golf, Persatuan Penyelam, Inap Desa, Hotel, Resort dan agensi pelancongan yang akan berkampung secara maya di VTE2021 selama 3 hari. Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dijangka akan merasmikan pelancaran VTE2021.

DiTTAM telah menyediakan lebih daripada 150 ruang pameran teknologi 3-D dalam VTE 2021 yang boleh dikunjungi secara maya oleh para pengunjung pada bila-bila masa ketika Pameran VTE2021 berlangsung.

Dengan sokongan dari Tourism Malaysia, Jabatan Pelancongan Negeri, Persatuan Pelancongan, Hotel dan Resort serta pemain Industri Pelancongan Tempatan, Pameran VTE 2021 akan dapat menyumbang dan menyokong pertumbuhan pelancongan domestik.

Ini semua adalah sebahagian daripada usaha DiTTAM untuk mempertingkatkan pelancongan dan ekonomi domestik. DiTTAM telah ditubuhkan pada April 2021 yang lalu. Visi DiTTAM adalah untuk menjadi pemangkin transformasi digital ke arah pelancongan pintar. Misi utama adalah untuk mendorong inovasi dengan bekerjasama dengan pihak berkepentingan pelancongan dan teknologi untuk merapatkan jurang digital dan memperkukuhkan lagi industri pelancongan melalui teknologi digital.

Pameran VTE2021 adalah salah satu usaha DiTTAM. Sebagai persatuan berteras teknologi pelancongan, DiTTAM sentiasa komited untuk menyokong seruan kerajaan ke arah mempromosikan pelancongan secara digital.

Dalam suasana pendemik Covid 19 yang masih serius dengan jumlah kes positif dan kematian yang tinggi maka pilihan untuk berpindah ke platform maya atas talian adalah pilihan bijak dan terbaik untuk dapat membantu menggurangkan penularan virus kerana ketiadaan sentuhan fizikal.

Keadah norma baharu ini dijangka akan membantu melonjakkan semula industri pelancongan dalam negara yang tergugat dan terjejas teruk akibat pandemik COVID 19.

Penyelesaian digital yang disediakan oleh DiTTAM akan mencetuskan revolusi sejajar dengan Revolusi Industri 4.0 dan Digital Economy Blueprint Malaysia. Ia juga akan mengubah perniagaan pelancongan semasa yang tidak mampu berhadapan dengan situasi semasa pandemik COVID 19 dan perubahan ekonomi global.

Industri pelancongan Malaysia diharap akan mengambil kesempatan daripada peluang keemasan baharu ini untuk mengubah kaedah menjalankan operasi perniagaan semasa mereka kepada perniagaan secara digital yang lebih berkesan. Dengan pengumuman terkini YAB Perdana Menteri bahawa warga Malaysia yang sudah mendapat vaksinasi dos kedua akan diberikan kelonggaran untuk melancong dalam negeri maka semua pihak dalam industri pelancongan wajar bersedia untuk memulakan operasi mereka semula.

Penganjuran VTE2021 memang tepat pada masanya dan dinanti-nantikan oleh semua pihak kerana para pengunjung boleh membeli pelbagai pakej pelancongan yang ditawarkan. DiTTAM mengalu-alukan para pengunjung untuk membuat pendaftaran percuma secara atas talian dengan melayari laman sesawang VTE 2021 di https://vte2021.malaysiaexpo.net. Oleh itu pendaftaran rasmi sebagai pengunjung amat penting untuk memastikan kehadiran pengunjung ke VTE 2021.

Bagi pengunjung yang telah mendaftar, mereka akan berpeluang memenangi cabutan bertuah. Selain itu, VTE 2021 menyediakan juga beberapa hadiah menarik yang bakal dimenangi dalam peraduan pembeli. Butiran lengkap mengenai cabutan bertuah dan peraduan pembeli boleh didapati di laman sesawang VTE 2021. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai VTE 2021, sila layari https://vte2021.malaysiaexpo.net atau e-mel kepada kami di hello@dittam.org. Tuan-tuan dan puan-puan boleh juga hubungi melalui telefon atau Whatsapp di Tel: +60 19 215 7116, atau melayari laman web kami di: www.dittam.org.