Ekspo Pelancongan Maya 2021 (VTE 2021) bakal dianjurkan pada 27 hingga 29 Ogos ini.
Ekspo anjuran Persatuan Teknologi Pelancongan Digital Malaysia (DiTTAM) antara usaha merancakkan semula industri pelancongan negara dengan menyediakan platform pemasaran secara maya kepada pemain industri.
Presiden DiTTAM, Rohizam Md Yusoff berkata, VTE2021 turut mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia dan Jabatan Pelancongan Negeri bagi mempromosikan pakej dan perkhidmatan pelancongan domestik.
Ekspo dijangka memberi pengalaman baharu kepada pengunjung dengan ruang pameran maya berteknologi 3D yang direka khas menyerupai pameran secara fizikal.
Bertemakan “Semuanya Ada Di Malaysia”, VTE 2021 akan berlangsung di portal DiTTAM Virtual Convention Center (DVCC).
Sumber : Youtube One News